suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak pakai baju ketika bersenam di gim, lelaki ini bingung diganggu lelaki lain

Imbas Nick (kanan), lelaki itu seolah-olah berang selepas disoal dan turut melabelkan dirinya sebagai seorang yang aneh.

SEORANG pengunjung gim dipuji apabila dia berani berhadapan dengan seorang lelaki yang merakam aksinya sedang bersenam dalam keadaan tidak berbaju.

Nick Nush, dari Pennsylvania, Amerika Syarikat, sedang bersenam di sebuah gim sebelum menyedari seorang lelaki sedang merakam dirinya dari bahagian belakang.

Nick kemudiannya meletakkan telefon miliknya di satu sudut untuk merakam tindak-tanduk lelaki berkenaan sebagai bukti.

Tidak lama kemudian, Nick terus menghampiri lelaki tersebut dan menyoal motif disebalik tindakannya itu.

"Apa yang kamu lakukan?" soal Nick.

Imbas Nick, lelaki itu seolah-olah berang selepas disoal dan turut melabelkan dirinya sebagai seorang yang aneh.

"Saya keliru kerana saya tak kenal lelaki itu, saya tak faham apa yang berlaku dan kenapa dia maki-hamun saya," ujar Nick lagi.

Bukan sahaja enggan mengaku, lelaki tersebut turut menghempas botol minuman sebelum berlalu pergi dari lokasi itu.

Di TikTok, rata-rata netizen memuji sikap Nick yang berani untuk berhadapan lelaki tersebut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain