suria

Gara-gara mahu raih lebih ramai followers... influencer didakwa dera, patahkan kaki anjing

Seorang 'influencer' ditahan kerana didakwa mendera dan mematahkan kaki seekor anjing.

SEORANG influencer ditahan di Georgia kerana didakwa mendera anjing peliharaannya menerusi video secara langsung di laman Instagram.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi itu, Brittany Johnson, 20, dilaporkan telah mencederakan anjing baka Jack Russell Terrier yang berusia enam bulan.

Brittany didakwa menyemburkan minyak wangi pada mata anjing itu, menarik telingatnya dan mendakwa telah mematahkan kaki haiwan berkenaan.

Polis dihubungi ramai untuk melaporkan mengenai tindakan Brittany itu.

Menurut Atlanta Journal-Constitution, Johnson, yang berasal dari Louisiana dan dikenali dalam talian melalui Lovely Peaches, ditahan oleh polis di sebuah Motel 6 di DeKalb County.

Penahanan dibuat pada 22 Januari lalu, setelah dia secara sukarela menyerahkan anjing tersebut di pusat khidmat haiwan di DeKalb.

Brittany didakwa memuat naik status di sebuah akaun laman sosial pada 21 Januari mengenai 'kematian' anjing peliharaannya.

Menurut laporan Insider, posting video itu mungkin menunjukkan haiwan itu telah mati, tetapi pusat kebajikan haiwan menjaga anjing tersebut sehari selepas kejadoian dan ia masih hidup.

Polis berkata, Brittany mengaku membuat kenyataan di media sosial mengenai tindakannya mencederakan atau membunuh anjingnya bagi mendapatkan lebih ramai pengikut. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain