suria

Buang kotak piza di tepi jalan, dua pengembara terpaksa berpatah balik 80km kutip sampah

Sampah kotak piza yang dibuang di tepi jalan. foto Bangalore Mirror

FIKIR dulu sebelum buang merata-rata dari tingkap kereta anda, begitulah gambaran terhadap dua anak muda di India.

Jumaat lalu, dua anak muda yang membuang kotak piza di tepi jalan di Madikeri di selatan India, berpatah balik sejauh 80 kilometer untuk mengutip sampah berkenaan.

Mereka terpaksa berbuat demikian selepas penduduk tempatan membuat aduan berhubung tindakan tersebut.

Bercakap kepada Bangalore Mirror, setiausaha agung persatuan pelancongan Kodagu berkata, beliau bersama beberapa anggota persatuannya sedang membersihkan kawasan tersebut, di mana sampah dibuang oleh anak muda terbabit.

"Saya terjumpa kotak piza yang dibuang di tepi jalan. Saya membuka kotak tersebut dan menemui bil yang tertera nombor telefon pembeli.

"Saya menghubungi individu tersebut untuk datang ke lokasi kejadian dan mengutip sampah itu," katanya.

Bagaimanapun, individu berkenaan hanya memohon maaf tetapi enggan untuk berpatah balik kerana mereka telah berada di Kodagu.

Beliau kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kepada pemuda tersebut, namun masih gagal.

Jalan terakhir yang dilakukannya adalah menerusi media sosial, di mana nombor telefon individu tersebut disebarkan.

Susulan tindakan itu menjadi tular, ramai menghubungi dua individu berkenaan supaya kembali untuk mengutip sampah yang dibuang mereka.

Kerana malu, mereka kemudian akhirnya terpaksa berpatah balik sejauh 80 kilometer untuk berbuat demikian. - Bangalore Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

buang sampah, kotak piza, patah balik,

Artikel Lain