suria

Pengarah makmal, pengurus kualiti digantung tugas gara-gara kambing, betik disahkan positif Covid-19

Sampel dari bukan manusia dikumpul secara rawak dilakukan bagi menyiasat kegiatan sabotaj mengenai keputusan ujian Covid-19 di Tanzania.

PENGARAH Makmal Kesihatan Kebangsaan Tanzania dan pengurus kualitinya telah digantung sementara siasatan sedang dilakukan, susulan ujian yang dilakukan ke atas sampel kambing dan betik disahkan positif Covid-19.

Penggantungan pegawai atasan itu berlaku sehari selepas Presiden John Magufuli mempersoalkan kredibiliti alat ujian Covid-19 yang digunakan oleh makmal.

ARTIKEL BERKAITAN: Kambing, betik disahkan positif Covid-19, presiden Tanzania syak ada sabotaj

Dalam siaran langsung, Magufuli mendedahkan bahawa dia secara diam-diam menugaskan pengujian sampel bukan daripada manusia yang dikumpulkan secara rawak, dan dilabelkan dengan nama dan usia.

Sampel itu kemudian diserahkan ke makmal untuk diuji tanpa kakitangan mengetahu sumber asalnya.

Tindakan itu dilakukan kerana beliau mahu menyiasat susulan ragu-ragu dengan peningkatan mendadak kes wabak tersebut di Tanzania, yang dibimbangi berlaku kegiatan sabotaj.

"Minyak kenderaan misalnya, berlabel Jabir Hamza berusia 30 tahun (lelaki), diuji negatif. Kami menghantar sampel nangka yang kami namakan Sara Samweli, seorang wanita berusia 45 tahun - hasilnya tidak dapat disimpulkan. Ketika kami mengirim sampel betik dan menamakannya Elizabeth Anne, berusia 26 tahun, betik itu positif,"kata Magufuli.

Tambahnya, sampel seekor burung dan kambing juga disahkan positif Covid-19.

Kementerian kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan sebuah jawatankuasa yang terdiri dari 10 orang dibentuk untuk menyiasat kegiatan makmal tersebut dan akan menyerahkan hasil siasatan pada 13 Mei. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kambing, betik, Covid-19, Tanzania

Artikel Lain