suria

Kit ujian anti bodi didakwa tepat 100 peratus, tanpa tanda ‘negatif salah’ akan diedar secara berskala besar di UK

Roche Diagnostics mendakwa mereka telah menghasilkan satu kit yang cukup tepat untuk digunakan pada skala besar. -foto MailOnline

KIT ujian antibodi tepat yang dapat memberitahu berjuta-juta rakyat Britain bahawa mereka mempunyai koronavirus akan dilancarkan di seluruh United Kingdom dalam tempoh dua minggu.

Syarikat gergasi alat ujian itu, Roche Diagnostics mendakwa mereka telah menghasilkan satu kit yang cukup tepat untuk digunakan pada skala besar dan firma itu menyatakan bahawa mereka juga mempunyai stok mencukupi sehinggaunit ratusan ribu untuk diagihkan kepada NHS setiap minggu.

Ia muncul setelah timbul kekecewaan mengenai ujian antibodi itu sejak beberapa minggu lalu, yang dicipta untuk memberitahu seseorang jika mereka telah dijangkiti virus pada masa lalu dan menunjukkan apakah mereka kini telah imun.

Roche mendakwa ujian 'Elecsys' yang berasaskan makmalnya dapat 100 peratus mengesan individu yang pernah menghidap virus itu, sama sekali tanpa menunjukkan tanda 'negatif palsu’.

Ujian itu penting kerana ia memberikan kemungkinan gambaran yang paling jelas mengenai sejauh mana penularan koronavirus di UK.

Ini sekali gus akan mendorong rancangan Boris Johnson bagi membuka semula UK daripada penutupan akibat koronavirus, dengan perdana menteri merancang untuk memberitahu rakyat Britain supaya bersiap sedia kembali bekerja setelah memberi petunjuk kepada kumpulan-kumpulan perniagaan berhubung garis panduan baharu mengenai bagaimana pekerja perlu kembali ke pejabat dengan selamat.

Perdana menteri akan menetapkan garis masa tentang bila pejabat dan sekolah akan dibuka semula.

Kedai, kilang, gudang dan tapak pembinaan dijangka diberitahu bahawa mereka boleh beroperasi semula menjelang cuti musim bunga pada 25 Mei.

Bagaimanapun, peraturan yang ketat harus dipatuhi walaupun pejabat dibuka semula. -MailOnline

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain