suria

“Banyak syarikat sudah semakin hampir” - Trump dakwa vaksin Covid-19 siap akhir tahun ini

Donald Trump.

DONALD Trump mendakwa vaksin Covid-19 akan siap pada akhir tahun ini.

Menjawab soalan media pada Ahad malam, Trump berkata:”Kami fikir kami akan memiliki vaksin itu pada akhir tahun ini dan kami sedang berusaha keras.”

“Kami sedang membina saluran bekalan... kami mempunyai banyak syarikat yang saya fikir sudah semakin hampir, kami yakin vaksin itu akan siap sepenuhnya akhir tahun ini, ” katanya.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu membuat ramalan tersebut setelah mendedahkan dia sering mengadakan mesyuarat dengan bos syarikat farmaseutikal.

Malah Trump tidak peduli sama ada penyelidik lain berjaya menemui vaksin wabak itu sebelum AS, yang penting rakyatnya boleh turut sama menikmati kemudahan tersebut.

Namun, Ahli Imunologi White House Dr Anthony Fauci dan pakar lain memberi amaran bahawa sebarang vaksin yang berjaya mungkin mengambil masa selama setahun untuk dihasilkan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain