suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi beli atas talian, wanita terkejut dapat fon telinga sebesar kepala sendiri

Aripods yang diterima gadis itu.

DENGAN kewujudan teknologi, cara kita membeli-belah juga sudah berbeza.

Jika dahulu, kita perlu pergi ke kedai, kini ia boleh dilakukan di hujung jari sahaja menggunakan telefon dan internet.

Namun, kita haruslah berhati-hati untuk membeli secara dalam talian memandangkan produk itu tidak boleh dilihat secara nyata.

Terbaharu, seorang pembeli wanita di Dubai terkejut apabila barang yang diterimanya jauh berbeza seperti yang ditempah.

Dikenali sebagai Zay di Twitter, dia membeli fon telinga Airpods.

Namun, dia menerima Airpods bersaiz gergasi yang disifatkan sama besar dengan kepalanya.

Malah, ada yang turut berjenaka, menyamakan produk itu seperti pengering rambut.

"Airpods untuk gajah agaknya.

"Adakah kamu order saiz yang betul?

"Adakah kamu bergurau? Mereka hasilkan untuk gergasi juga?" soal beberapa netizen di Twitter. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain