suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Badan Saya, Pilihan Saya” - Sekumpulan 20 penunjuk perasaan protes arahan ‘lockdown’ ketika UK catat lebih 28,000 kematian

Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan ibu pejabat polis Metropolitan, Westminster sebagai memprotes arahan perintah berkurung (lockdown). Foto: AP

SEKUMPULAN 20 orang penunjuk perasaan berkumpul di hadapan ibu pejabat polis Metropolitan, Westminster pada Sabtu, sebagai memprotes arahan perintah berkurung (lockdown) yang dikuatkuasakan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Mereka dilihat mengangkat plakad bertulis 'Hentikan Lockdown', 'Badan Saya Pilihan Saya' dan pelbagai lagi slogan yang berunsurkan hak asasi manusia.

Selain itu, mereka juga saling memeluk di antara satu sama lain (group hug) sebagai tindakan memprotes.

Dilaporkan, kumpulan penunjuk perasaan tersebut yang terdiri daripada golongan anti vaksin dan ahli teori konspirasi.

Seorang penunjuk perasaan ditahan gara-gara menyerang polis.

Di bawah arahan perintah berkurung yang dikuatkuasakan kerajaan United Kingdom (UK), rakyat hanya dibenarkan keluar rumah mereka untuk pergi ke kedai, tujuan perubatan dan perjalanan ke tempat kerja jika mereka tidak dapat bekerja dari rumah.

Tunjuk perasaan itu berlaku ketika angka kematian di UK melepasi 28,000 kes yang kini merupakan yang ketiga tertinggi di dunia. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

protes, tunjuk perasaan, lockdown, UK

Artikel Lain