suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trump luah rasa gembira Kim Jong-un muncul semula dalam keadaan sihat

Kim Jong-un muncul dalam satu majlis perasmian sempena pembukaan sebuah kilang baja di Sunchon, utara Pyongyang, kelmarin. Foto: AFP/Getty Images

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump berkata dia 'gembira' dengan kemunculan semula Kim Jong-un di khalayak, selepas menghilang hampir tiga minggu.

"Saya gembira melihat beliau kembali, dan dalam keadaan sihat," kata Trump di laman Twitter pada Sabtu petang.

Media Korea Utara memaparkan Jong-un muncul dalam satu majlis perasmian sempena pembukaan sebuah kilang baja di Sunchon, utara Pyongyang, kelmarin.

Terdahulu, pelbagai spekulasi berlegar mengenai keadaan kesihatan pemimpin Korea Utara itu susulan kelibatnya tidak kelihatan pada sambutan ulang tahun kelahiran datuknya, Kim Il Sung iaitu hari paling penting dalam kalendar politik negara itu, 15 April lalu.

Kali terakhir Jong-un muncul di hadapan khalayak adalah pada 11 April lalu ketika menghadiri mesyuarat kerajaan.

Susulan itu, timbul spekulasi mengatakan Jong-un sedang tenat selepas menjalani pembedahan jantung.

Malah ada media memetik pemimpin itu dilaporkan sudah meninggal dunia. - Independent.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Donald Trump, Kim Jong-un

Artikel Lain