suria

Terkesan dek perintah berkurung, ribuan penduduk beratur sejauh 4km demi bantuan makanan

Foto yang dirakam di Afrika Selatan.

BADAN kebajikan menghantar 8,000 bungkusan makanan buat lebih 12,000 keluarga di Pretoria selepas Afrika Selatan menjalani lima minggu perintah berkurung demi mengekang Covid-19.

Ribuan penduduk dilihat beratur berjam-jam sepanjang empat kilometer (km) demi menerima bantuan tersebut.

Situasi itu dirakam dari udara awal minggu ini dan ternyata menyentuh hati ramai.

Ia melibatkan penduduk di kawasan Mooiplaas dan Spruit.

Menurut aktivis sosial, Yusuf Abramjee, keperluan makanan di lokasi itu begitu tinggi dan terlalu ramai yang terkesan akibat perintah berkurung.

"Lebih 80 peratus komuniti di sini merupakan orang asing dan mereka tidak menerima bantuan kerajaan.

"Kami gembira dapat memberi senyuman kepada mereka. Ia menunjukkan betapa terdesaknya mereka.

"Saya tidak pernah melihat sesuatu pada skala ini. Sangat menyedihkan," ujarnya.

Untuk rekod, perintah berkurung di negara itu menyebabkan sektor ekonomi tergendala, namun beberapa sektor dijangka dibuka semula pada bulan ini. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Afrika Selatan, Covid-19, bantuan

Artikel Lain