suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribuan biri-biri ‘berkonvoi’ di jalan raya di Turki ketika bandar sunyi kerana ‘lockdown’

Segerombolan besar biri-biri 'berkonvoi' memasuki bandar Samsun, bandar yang terletak di sempadan utara Turki. Foto: Twitter Ragip Soylu

RIBUAN biri-biri memenuhi jalan raya di sebuah bandar di Turki, ketika keadaan sunyi ekoran perintah berkurung (lockdown) dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Video yang dimuatnaik di Twitter itu menunjukkan gerombolan haiwan berkenaan 'berkonvoi' memasuki bandar Samsun, bandar yang terletak di sempadan utara negara berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik Ragip Soylu yang juga seorang wartawan, kelihatan juga biri-biri itu berehat di kawasan yang berumput di tepi jalan berkenaan.

Video tersebut telah meraih 11,900 ribu retweet dan 37,200 like. Rata-rata netizen turut terhibur melihat peristiwa tersebut.

Angka kematian akibat Covid-19 di Turki meningkat 61 orang lagi pada hari Ahad.

Ini menjadikan jumlah rasmi angka kematian di negara tersebut bertambah kepada 3,397 orang.

Turki mencatatkan jumlah tertinggi kes positif Covid-19 di luar Eropah Barat, Amerika Syarikat dan Rusia. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

biri-biri, konvoi, lockdown, Turki

Artikel Lain