suria

Wartawan tak sengaja on ‘filter’ wajah ketika lapor keadaan cuaca secara langsung

Justin tidak menyedari filter pada wajahnya semasa bersiaran langsung ketika membuat laporan mengenai keadaan cuaca. Foto Facebook

SEORANG wartawan, Justin Hinton melengkapkan laporannya mengenai salji di North Carolina, Amerika Syarikat tanpa sebarang gangguan.

Bagaimanapun, sebaik kembali melihat kepada kamera, dia membaca komen-komen penonton mengenai wajahnya yang 'pelik'.

Ini kerana sebelum video penstriman secara langsung, Justin secara tidak sengaja menghidupkan aplikasi filter wajah di Facebook secara automatik.

Ia sekali gus menimbulkan keadaan yang begitu berbeza semasa menyampaikan laporan itu.

Ketika memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sekolah dan mengeluarkan amaran mengenai keadaan cuaca yang buruk, dia kelihatan dengan beberapa penampilan seperti topi keledar angkasa, kucing dan ahli sihir serta mata yang besar.

Video penuh yang dimuat naik ke halaman Facebook WLOS ABC 13 itu menunjukkan Justin kembali ke belakang kamera untuk bertanya kepada studio: "Misty, adakah saya mempunyai wajah yang pelik?"

Selepas diberitahu bahawa dia telah memasukkan kesan khas dalam laporannya, dia berkata: "Sekarang saya teruja untuk melihat kembali video ini dan melihat apa yang berlaku kepada wajah saya."

Justin bagaimanapun hanya ketawa melihat kesilapan yang tidak disengajakan menerusi media sosialnya sendiri. - Mirror

filter, wajah, wartawan, kucing, ahli sihir

Artikel Lain