suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mabuk dalam kelas, pelajar ketawa lihat aksi cikgu jatuh dari meja

Guru didakwa mabuk di dalam kelas. Foto CEN

SEORANG lelaki yang kelihatan mabuk di Rusia dirakamkan duduk di atas meja sebelum terjatuh ke lantai.

Keadaan itu disaksikan pelajar di dalam kelas sambil mentertawakannya.

Ketika kejadian, guru berkenaan sepatutnya mengajar para pelajarnya.

Menerusi video berdurasi seminit itu yang dipercayai dirakamkan oleh seorang pelajar menggunakan telefon bimbit, seorang lelaki duduk di atas meja sambil memegang batang kayu.

Badannya kemudian ke belakang sebelum rebah ke lantai, sementara para pelajar hanya mentertawakan keadaan itu.

Insiden tersebut dirakamkan di sebuah sekolah di bandar Aznakayevo di Tatarstan, Rusia.

Sejurus selepas kejadian itu, pihak pengurusan sekolah mengadakan pertemuan bersama para pelajar berkenaan dan ibu bapa mereka.

Menurut media tempatan, guru mabuk itu dihentikan tugasnya daripada sekolah berkenaan. - Daily Star



guru, mabuk

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia