suria

Arab Saudi gantung kemasukan jemaah umrah susulan penularan Covid-19

Arab Saudi menggantung seketika kemasukan jemaah umrah ke Makkah susulan penularan koronavirus atau Covid-19 ke Timur Tengah.

KERAJAAN Arab Saudi menggantung seketika kemasukan jemaah umrah ke Makkah susulan penularan koronavirus atau Covid-19 ke Timur Tengah.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, kerajaan 'menangguhkan kemasukan jemaah untuk tujuan melakukan umrah dan ziarah ke Masjid Nabawi buat sementara'.

Ibadah umrah menarik puluhan ribu Muslim dari seluruh dunia setiap bulan.

Kementerian Luar negara itu berkata, kerajaan juga menggantung visa untuk pelancong dari negara-negara yang 'berbahaya' yang mencatatkan kes virus baru tersebut.

Walaupun jumlah kes Covid-19 mencatatkan penurunan di China, terdapat peningkatan mendadak di bahagian Asia, Eropah dan Timur Tengah.

Iran telah muncul sebagai lokasi panas di rantau Timur Tengah, di mana 15 orang telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

Negera-negara teluk di Kuwait dan Bahrain juga telah mengumumkan kes-kes tambahan minggu ini. - CNA

umrah, Arab Saudi, Covid-19

Artikel Lain