suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Panggil saya Harry” – Hari-hari terakhir putera Britain sebelum lepas tugas diraja

Putera Harry. Foto Reuters

PUTERA Harry menjelaskan kepada hadirin yang semasa berucap pada majlis di Edinburgh, United Kingdom pada Rabu agar memanggilnya dengan nama Harry.

Cucu kepada Ratu Elizabeth itu, bersama isterinya, Meghan Markle, telah mengumumkan bahawa mereka akan berundur daripada tugas-tugas rasmi diraja bermula bulan depan.

Keputusan itu bagi membolehkan pasangan Duke dan Duchess of Sussex menghabiskan masa di utara Amerika.

ARTIKEL BERKAITAN: Putera Harry, Meghan pilih undur diri dari keluarga diraja

Walaupun Harry tidak lagi dikenali dengan gelaran diraja pada masa akan datang, beliau masih tetap seorang putera.

Pengacara majlis, Ayesha Hazarika memberitahu delegasi sebelum beliau menyampaikan ucapan.

"Beliau telah menjelaskan bahawa kita semua hanya memanggilnya Harry."

Harry dan Meghan berada di Kanada bersama anak lelaki mereka, Archie sejak beberapa minggu lalu.

Menurut media tempatan, Harry bagaimanapun pulang ke Britain pada Selasa. 

Harry dan Meghan tidak lagi menggunakan gelaran diraja tidak lagi akan menggunakan gelaran diraja selepas pasangan itu berundur daripada tugas rasmi diraja secara rasmi 31 Mac ini. - Reuters

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia