Balas dendam! Badan gemuk jadi alasan putus tunang, wanita nekad kurus hingga dinobat Ratu Cantik UK - Dunia | mStar

Balas dendam! Badan gemuk jadi alasan putus tunang, wanita nekad kurus hingga dinobat Ratu Cantik UK

Jen Atkin pernah mencecah berat badan sehingga 107 kilogram. Foto: SWNS

TIGA tahun lalu, Jen Atkin terkejut apabila secara tiba-tiba tunangnya mahu memutuskan hubungan mereka.

Alasan yang diberikan, Jen terlalu gemuk.

Kini, Jen berjaya membalas kata-kata tunangnya sehingga menjadi Ratu Cantik United Kingdom.

Jen, 26, bekerja sebagai pentadbir di sebuah syarikat penerbangan, tinggal di Ulceby mula menjalani gaya hidup sihat selepas detik malang itu.

Dia kemudiannya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50 kilogram, turun daripada 107 kilogram kepada 57 kilogram.

Jen muncul pemenang Miss Scunthorpe, sebelum menduduki tempat kedua dalam pertandingan Miss England pada 2018.

Dia kemudiannya bersara daripada menyertai pertandingan namun ingin mencuba buat kali terakhir apabila namanya tersenarai dalam pertandingan Ratu Cantik United Kingdom ke-75.

Jen memberitahu inspirasinya tercetus selepas putus tunang tiga tahun lalu. Foto: SWNS

Tuah memihak kepadanya apabila muncul sebagai pemenang dalam pertandingan yang diadakan di Leicester.

"Saya sangat terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang, tak boleh nak gambarkan perasaan saya sekarang.

"Pada mulanya saya hanya menyertai suka-suka. Tak sangka saya mampu pergi sejauh ini. Saya tak pernah terbayang langsung tentang ini pada tiga tahun lepas," ujarnya.

Katanya lagi, dia mendapat ilham setelah melalui kisah duka akibat perbuatan bekas tunangnya.

"Saya menangis berminggu-mingu dan anggap hidup saya telah hancur" katanya.

Kini, Jen telah berkahwin dengan cinta hati baru dan menganggap kejayaannya ini ditujukan kepada bekas tunangnya. - Mirror

ratu cantik , United Kingdom , gemuk , berat badan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain