Pegawai perlindungan kanak-kanak dikecam selepas dakwa wanita boleh hamil jika ada sperma dalam kolam renang - Dunia | mStar

Pegawai perlindungan kanak-kanak dikecam selepas dakwa wanita boleh hamil jika ada sperma dalam kolam renang

Kenyataan pegawai itu menerima kecaman ramai sehingga dia digesa melepaskan jawatannya. FOTO: DAILY MIRROR.

WANITA boleh hamil sekiranya berenang dalam satu kolam bersama lelaki?

Itulah kenyataan yang dikeluarkan seorang pegawai perlindungan kanak-kanak di Indonesia sehingga menerima kecaman ramai.

Sitti Hikmawatty turut digesa melepaskan jawatannya selepas kenyataan tersebut tular.

Ulasan oleh wanita itu dibuat menerusi Jakarta Tribune pada Jumaat lalu.

"Kehamilan boleh berlaku tanpa hubungan seks. Contohnya kolam renang.

"Ada sperma jenis kuat yang boleh menyebabkan kehamilan dalam kolam renang.

"Biarpun tanpa penetrasi. Lelaki mungkin terangsang dan berlaku ejakulasi. Ia kemudiannya menjadi punca kehamilan," ujar wanita itu.

Menurut eksekutif Persatuan Doktor Indonesia, Nazar, ia mustahil untuk wanita hamil menerusi kaedah itu.

Wanita kemudiannya sudah menarik semula kenytaan itu dan mengakui kesilapannya.

Malah, dia menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili organisasinya. - Daily Star.

hamil , sperma , kolam renang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain