suria

Ibu, bapa tiri dipenjara paksa budak 8 tahun melutut di atas rumput buckwheat

Yumasheva (kiri) dan Kazakov dijatuhi hukuman penjara kerana memaksanya Denis melutut di atas rumput gandum hitam sehingga sembilan jam.

SEORANG budak lelaki telah dihantar ke rumah anak yatim setelah ibu dan bapa tirinya dihukum penjara kerana memaksanya melutut di atas rumput buckwheat (gandum hitam) sebagai hukuman kejam.

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang dikenali sebagai Denis mengalami kecederaan serius dan perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan 'biji gandum' yang tumbuh dari kulitnya.

Jika dia lambat balik dari sekolah atau melanggar peraturan, Denis akan dipaksa melutut di atas rumput tersebut antara 30 minit dan sembilan jam dalam keadaan berbogel.

Seorang hakim berkata ibu Denis Alina Yumasheva, 27, dan suaminya Sergey Kazakov, 35, membiarkan kanak-kanak itu kelaparan dan menyepaknya jika dia bergerak semasa melutut di atas rumput tersebut.

Denis merayu kepada ibunya agar tidak diperlakukan sebegitu sehingga mendorong dia untuk melarikan diri dan mendapatkan bantuan.

Jururawat yang merawat Denis berkata itu kali pertama dia melihat kecederaan serius itu dalam tempoh 43 tahun.

"Luka itu dijangkiti kuman dan rumput gandum hitam masuk ke dalam kulit selama beberapa hari. Itu amat mengerikan," katanya kepada mahkamah di Omsk, barat daya Siberia.

Yumasheva dijatuhi hukuman penjara setahun setengah manakala Kazakov yang juga dalang kejadian itu dipenjara selama empat tahun setengah. - Metro.co.uk

Artikel Lain