Kekasih ibu serang anak 4 tahun, cederakan kemaluan mangsa - Dunia | mStar

Kekasih ibu serang anak 4 tahun, cederakan kemaluan mangsa

Shaar didakwa menyerang seorang kanak-kanak berusia empat tahun dan mengakibatkan kemaluan mangsa cedera. Foto Broward Sheriff's Office

SEORANG lelaki ditahan kerana memukul anak lelaki kekasihnya dan didakwa mencederakan kemaluannya menggunakan kukunya, kata pihak berkuasa.

Mohammad Mahmoud Shaar, 26, of Coconut Creek, Florida di Amerika Syarikat, menghantar kekasihnya di tempat kerja pada Khamis lalu sebelum menghantar anak lelaki berusia empat tahun di rumah pengasuh.

Menurut laporan penahanannya, Shaar didakwa menyerang kanak-kanak itu selepas mangsa sedih apabila ibunya keluar dari keretanya.

Pejabat Sherif Broward berkata, rumah pengasuh hanya kira-kira 2.6 kilometer dari tempat kerja ibunya, tetapi Shaar mengambil masa 20 minit.

Menurut laporan Local10.com, pengasuh memberitahu, kanak-kanak itu menangis dan menggeletar sebaik tiba di rumahnya dan Shaar tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai apa yang berlaku.

Pengasuh kemudian mengambil video dan gambar kecederaan yang dialami kanak-kanak itu di bahagian muka, leher dan belakang badan.

Dia turut mengesan terdapat lebam dan luka di bahagian kemaluan kanak-kanak apabila mangsa ke bilik air.

Susulan perkara itu, pengasuh berkenaan menghubungi ibu kanak-kanak itu dan membawanya ke Pusat Perubatan Kesihatan Broward untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa kemudian disoal siasat berhubung kejadian.

Laporan itu menyebut: "Mangsa turut mengatakan suspek menarik kemaluannya secara paksa.

Menurut penyiasat, budak lelaki itu mengalami luka di bahagian kemaluan disebabkan oleh kuku Shaar.

Shaar bagaimanapun menafikan mendera kanak-kanak itu dan mendakwa budak tersebut tercekik, menyebabkan dia bertindak menepuk belakang badan.

Dia menjelaskan tangannya itu mengenai leher, muka dan telinga kanak-kanak itu ketika kejadian.

Pihak berkuasa berkata, dia turut memberitahu tiada niat untuk mencederakan kanak-kanak berkenaan.

Shaar turut menafikan menyentuh kemaluan mangsa dan mendakwa kanak-kanak itu memegangnya sendiri kerana mahu menggunakan tandas. - Mirror


kemaluan , zakar , pengasuh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain