suria

Covid-19: Seorang lagi penumpang kapal Diamond Princess meninggal dunia

Terdapat lebih daripada 600 kes koronavirus yang telah disahkan di kapal Diamond Princess, yang berlabuh di Yokohama, Jepun, beberapa minggu lalu. Foto: Splash News

SEORANG lagi penumpang kapal persiaran Diamond Princess yang dijangkiti koronavirus atau Covid-19, dilaporkan meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan Jepun, punca kematian pesakit tersebut adalah disebabkan radang paru-paru.

Ini menjadikan jumlah kematian membabitkan penumpang kapal itu seramai tiga orang setakat ini.

Pada Khamis lalu, dua penumpang lain, seorang lelaki dan seorang wanita berusia 80-an, dilaporkan meninggal dunia.

Terdapat lebih 600 kes koronavirus telah disahkan di kapal Diamond Princess, yang berlabuh di Yokohama, Jepun, beberapa minggu lalu.

Kes kematian penumpang ketiga itu dilaporkan selepas berpuluh penumpang kapal warga Britain kembali ke UK, dan dikuarantin di hospital Arrowe Park di Wirral.

Seramai 32 orang penumpang yang terperangkap lebih dua minggu di dalam kapal tersebut tiba di Merseyside, pada petang Sabtu.

Mereka terdiri daripada 30 warga Britain dan dua warga Ireland. - Metro.co.uk

Diamond Princess, kapal, Covid-19

Artikel Lain