Baru 10 hari pulih dari koronavirus, pesakit dimasukkan semula ke hospital selepas diuji positif - Dunia | mStar

Baru 10 hari pulih dari koronavirus, pesakit dimasukkan semula ke hospital selepas diuji positif

Seorang pesakit dikesan dijangkiti semula virus tersebut ketika pemeriksaan yang dilakukan selepas 10 hari dia dibenarkan pulang dari hospital. Foto: Xinhua/REX

SEORANG pesakit di China yang baru pulih dari koronavirus, dimasukkan semula ke hospital selepas ujian ulangan yang dilakukan menunjukkan dia positif untuk wabak berkenaan.

Pesakit di Chengdu itu dikesan dijangkiti virus tersebut ketika pemeriksaan yang dilakukan selepas 10 hari dia dibenarkan pulang dari hospital, demikian menurut pegawai di pusat klinikal kesihatan awam di bandar itu.

Kes serupa juga telah dilaporkan di tempat lain di China.

Pesakit perlu diuji negatif untuk virus tersebut dua kali sebelum mereka disahkan bebas daripada penyakit itu.

Walaupun sampel dari hidung dan tekak digunakan untuk ujian sebelum ini, hospital kini dikehendaki menggunakan sampel dari paru-paru, di mana virus itu berkemungkinan besar dikesan.

Panduan dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengesyorkan pesakit yang bebas koronavirus harus memantau kesihatan mereka, dengan memakai topeng dan mengurangkan aktiviti luar untuk meminimumkan risiko dijangkiti.

Angka terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan China melaporkan sejumlah 75,567 kes termasuk 2,239 jumlah kematian. - Metro.co.uk

koronavirus , pulih , hospital

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain