suria

Sikap sebenar saudara durjana terbongkar selepas CCTV rakam aksi dera budak perempuan

Gelagat tidak berhati perut seorang lelaki mengasari saudaranya berjaya dirakam CCTV.

IBU bapa kepada seorang budak perempuan berusia 12 tahun melihat anak mereka didera saudara sendiri selepas memasang kamera litar tertutup (CCTV) di bilik tidurnya.

Leandro Sebastian Martinez, 41, dirakam mengekori kanak-kanak itu ke biliknya di kediamannya di Moron, Argentina semasa majlis perjumpaan keluarga pada Januari.

Suspek kemudian didakwa mengasari kanak-kanak itu.

Mangsa kemudian memberitahu seorang rakan di sekolahnya bahawa Martinez menyentuhnya secara seksual dalam mesej audio WhatsApp yang dihantar pada Ogos 2018.

Ibu kawannya memberitahu ibu bapa mangsa sebelum berbincang perkara itu dengan anak mereka dan meminta bantuan psikologi.

Martinez berkahwin dengan salah seorang sepupu kepada ayah mangsa yang sedang hamil ketika kejadian berlaku.

Akibatnya, keluarga itu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek.

Semasa perjumpaan keluarga, mangsa dilaporkan menjemput Martinez ke rumahnya kerana tahu dia mungkin cuba mengasarinya semula.

Bapa mangsa memberitahu media tempatan bahawa anaknya itu sanggup membahayakan dirinya kerana mahu sikap sebenar suspek terbongkar.

Sebaik Martinez mengasari mangsa, dia kemudian menunjuk ke arah kamera dan perlakuannya itu berjaya dirakam.

Martinez kemudian dilihat mencekik leher mangsa sebelum melarikan diri.

Kes masih lagi dalam siasatan polis. - Metro.co.uk

dera, saudara, CCTV

Artikel Lain