suria

Elak jangkitan Covid-19, lelaki sarung kostum angkasawan - “Saya pakai topeng muka di dalam”

Seorang lelaki memakai kostum angkasawan sebagai langkah berjaga-jaga. Foto pearvideo.com

WABAK koronavirus (Covid-19) yang kini menular menyebabkan orang ramai mengambil langkah lebih berjaga-jaga.

Kebanyakan mereka menunjukkan kebimbangan dengan membeli makanan, topeng muka, malah tisu tandas.

Malahan, mereka yang tidak mempunyai topeng muka melakukan pelbagai cara untuk dijadikan sebagai perlindungan.

Seperti seorang lelaki warga China dari wilayah Fujian yang bernama Li, dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai sut kostum angkasawan berharga £13 (RM72).

"Saya fikir kostum tu menarik dan ia boleh melindungi saya.

"Saya juga memakai topeng muka di bahagian dalam. Ia adalah perlindungan berganda," tambahnya.

Menurut Li, ada yang menyifatkannya sebagai comel.

Malah, ada yang membuat jenaka untuk mengempiskan kostumnya.

"Mereka cuba berlawak untuk kempiskan kostum saya bila jumpa saya," katanya. - Daily Star

angkasawan, koronavirus, Covid-19

Artikel Lain