suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filem lucah dirakam di stesen minyak, pemilik hanya berdiri belakang kaunter tengok dari jauh

Adegan filem lucah yang dirakamkan di stesen minyak. Foto Chris Murphy

SEORANG ahli perniagaan terpaksa menyelamatkan stesen minyak miliknya selepas didapati hanya menyaksikan penggambaran video lucah yang dilakukan di premisnya

Ketika kejadian, Kulwant Dhillon hanya berdiri di belakang kaunter dan menyaksikan perkaran itu daripada menghubungi polis.

Dia kini berhadapan dengan tindakan undang-undang dan perlu memastikan jaminan lesen perniagaannya, susulan filem tersebut disiarkan secara dalam talian.

Kejadian berlaku di Milwaukee, Wisconsin di Amerika Syarikat.

Menurut laporan saluran Fox6 TV, seorang kakitangan merakamkan adegan lucah itu menggunakan telefon bimbitnya pada Julai 2018.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa Milwaukee kini mahu stesen minyak tersebut ditutup.

Jawatankuasa majlis membuat undian untuk tidak memperbaharui lesen stesen minyak itu.

Kes tersebut telah dibawa ke mahkamah dan kini dalam proses rayuan.

Pendengaran kes akan diadakan pada 2 April depan. - Daily Star

filem lucah, stesen minyak

Artikel Lain