suria

Lelaki baru kahwin positif koronavirus semasa honeymoon atas kapal, terpaksa ‘berpisah’ dengan isteri

Seorang warga Britain yang menaiki sebuah kapal persiaran dikuarantinkan kerana positif koronavirus. Foto JIJI PRESS/AFP via Getty Images

SEORANG lelaki warga Britain yang menaiki sebuah kapal persiaran di Jepun disahkan positif koronavirus.

Laporan menyebut penumpang tersebut disahkan dijangkiti virus itu bersama 60 lagi penumpang kapal Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama di Jepun.

Sekurang-kurangnya 61 orang yang menaiki kapal tersebut, disahkan positif virus itu.

Kapal berkenaan membawa kira-kira 3,700 penumpang atau kru.

Seorang warga Britain, David Abel yang menaiki kapal persiaran itu berkata, salah satu daripada kes baharu membabitkan penumpang adalah seorang rakannya yang sedang berbulan madu.

Lelaki berusia 74 tahun yang sedang bercuti bersama isterinya berkata, rakannya itu terpaksa diasingkan daripada isteri baharunya.

Abel menerusi postingnya di Facebook berkata: "Salah seorang rakan yang kami berenam makan bersama di kapal telah disahkan positif virus itu, dan dia perlu meninggalkan kapal hari ini.

"Saya tidak mahu menyebut nama kerana ia tidak wajar dibuat ketika ini, tetapi mereka sedang berbulan mandu.

"Dia akan dikuarantinkan oleh pihak perubatan, manakala isterinya perlu berada di kapal kerana tidak menunjukkan simptom.

"Ia pastinya amat sukar buat dia," tambahnya. - Daily Star



Artikel Lain