suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar gagak ‘membeku’ di udara, paruhnya masih bergerak

Seekor burung gagak yang kelihatan tidak bergerak di udara. Foto Facebook/KayleenBowman

SEBUAH keluarga dikejutkan dengan seekor burung gagak yang dilihat 'membeku' di udara.

Seorang ibu, Kayleen Bowman, berkongsi rakaman kejadian tersebut di halaman Facebooknya.

Klip video berkenaan menunjukkan seekor burung gagak kelihatan seolah-olah 'tergantung' di langit di Gallump, New Mexico di Amerika Syarikat.

Menerusi klip video berdurasi 15 saat itu, objek kelihatan seperti burung itu tidak bergerak walau seinci.

Menerusi perkongsiannya, Kayleen pada Sabtu lalu menulis: "Pada suatu pagi, Jay menghantar Lilly ke sekolah.

"Kata Lilly, 'Tengok burung tu tak bergerak!' Jay memberhentikan keretanya untuk lihat seperti yang dikatakan anak kecil itu.

"Mereka melihat burung gagak 'membeku' di langit. Ia kelihatan sedang mengembangkan sayapnya.

"Jay beritahu kamu boleh lihat paruhnya bergerak. Ia membuatkan saya terpaku. Apakah yang anda fikir?"

Menurut satu kajian oleh Universiti Standford menjelaskan bahawa burung-burung boleh tidak bergerak di udara selagi ia terbang pada angin dengan kelajuan yang sama.

Tambah kajian itu, ia boleh terbang selagi angin ditiup secara langsung dari arah hadapan. - Daily Star

gagak, beku, sayap, paruh, New Mexico

Artikel Lain