suria

Mak ayah sibuk beli-belah, bayi 4 bulan ditinggal dalam kereta

Seorang anggota polis mendukung bayi yang baru diselamatkan. Foto Facebook/Mirror

PASANGAN suami isteri ditahan selepas bayi mereka berusia empat bulan diselamatkan polis dari sebuah kereta.

Kereta kejadian, kedua-dua mereka sedang membeli-belah.

Orang awam yang terkejut dengan penemuan seorang bayi yang ditinggalkan di dalam kereta itu bertindak menghubungi polis.

Kejadian berlaku di Fort Myers, Florida di Amerika Syarikat.

Beberapa gambar tular di media sosial menunjukkan seorang anggota polis mendukung seorang kanak-kanak.

Ibu bapa bayi itu keluar pergi membeli-belah di sebuah gedung.

Tiada butiran dikeluarkan mengenai identiti pasangan suami isteri berkenaan.

Mereka bagaimanapun ditahan kerana mengabaikan anak.

Anak mereka ketika ini berada di bawah jagaan Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga. - Mirror

bayi, gedung, polis

Artikel Lain