Model dikecam gara-gara rakam swafoto sewaktu 2 penguin sedang mengawan - Dunia | mStar

Model dikecam gara-gara rakam swafoto sewaktu 2 penguin sedang mengawan

Foto tular yang dirakam di sebuah pantai di Cape Town, Afrika Selatan. FOTO: CEN/@stephelswood.

TINDAKAN seorang gadis merakam swafoto sewaktu dua ekor penguin sedang mengawan dikecam orang ramai.

Steph Elswood, 23, yang juga model Instagram memuat naik foto itu menerusi platform media sosial miliknya yang mempunyai 239,000 pengikut.

Foto itu dirakam sewaktu dia berkunjung ke sebuah pantai di Cape Town, Afrika Selatan baru-baru ini.

Ujarnya, dia hanya mahu mendapatkan gambar terbaik dengan haiwan berkenaan dan tidak sedar mengenai apa yang berlaku di belakangnya.

Tambahnya, dia hanya menyedari dua penguin itu sedang mengawan setelah ditegur oleh pengikutnya di Instagram.

"Saya berada di sana sekitar 10 minit dan mahu dapatkan gambar terbaik.

"Penguin itu sedang mengawan tapi saya terlalu fokus pada diri sendiri sehingga tak menyedarinya," ujar gadis itu. - Daily Star.

model , penguin , mengawan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain