Kemaluan pelancong lelaki berdarah, terpaksa hubungi paramedik ke hotel di Pattaya

Kejadian berlaku di Pattaya, Thailand pada Sabtu lalu.

MALANG tidak berbau.

Mungkin itulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan keseronokan sementara seorang pelancong warga Britain di Pattaya, Thailand.

Berusia 30-an, pelancong yang tidak didedahkan identitinya itu menghubungi paramedik ke hotel inapannya pada Sabtu malam.

Sewaktu tiba di lokasi kejadian, pasukan penyelamat menemui seorang lelaki bersama seorang pelacur warga Thailand.

Malah, cadar putih kamar berkenaan turut dipenuhi dengan tompokan darah.

Hasil siasatan mendapati sebahagian kulit kemaluan lelaki itu berdarah sewaktu dia melakukan hubungan kelamin.

Tidak mahu menanggung malu, mangsa enggan dibawa ke hospital dan diberi rawatan di lokasi kejadian. - Daily Star.

kemaluan, paramedik, Pattaya

Artikel Berkaitan

Artikel Lain