Pakar kesihatan beri amaran koronavirus sudah ‘mendarat’ di UK - Dunia | mStar

Pakar kesihatan beri amaran koronavirus sudah ‘mendarat’ di UK

Beberapa pelancong kelihatan memakai topeng di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London. Foto: EPA

WABAK koronavirus yang sedang hebat melanda China kini dilaporkan sudah 'mendarat' di United Kingdom, demikian amaran yang dikeluarkan oleh seorang ketua kesihatan awam.

Pengarah Kesihatan Awam England, Dr Yvonne Doyle, mengesyaki bahawa terdapat kes-kes koronavirus di UK, tetapi menegaskan negara itu 'sudah bersedia' untuk menghadapi wabak tersebut.

Dalam pada itu, bekas setiausaha hal ehwal luar, Jeremy Hunt mencadangkan agar rakyat Britain dikeluarkan dari bandar yang dikuarantin di China dalam usaha untuk mengelakkan penularan wabak berbahaya itu.

Hunt dalam masa yang sama mengatakan bahawa Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk menangani pesakit yang dijangkiti wabak berkenaan.

Kes membabitkan wabak koronavirus kini dilaporkan di Thailand, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, Singapura, Malaysia, Nepal, Pernacis, Australia dan Kanada. - Metro.co.uk

koronavirus , UK , amaran

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain