suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hisap vape untuk berhenti merokok bawa padah - “Saya hampir mati”

Ewan sewaktu dirawat di sebuah hospital.

SEORANG remaja lelaki hampir menemui ajal dan memerlukan paru-paru tiruan selepas menghisap vape selama lima bulan.

Ewan Fisher mula menggunakan rokok elektronik itu sebagai alternatif untuk berhenti merokok pada 2017.

Namun warga Britain itu dimasukkan ke sebuah hospital pada tahun yang sama kerana mengalami masalah kesihatan.

Dia disahkan menghidap pneumonitis hipersensitif (HP) yang juga reaksi alergi terhadap sesuatu yang dihirup sehingga menyebabkan keradangan tisu paru-paru.

Keadaan Ewan kritikal sehingga dia juga memperlukan mesin sokongan hidup.

Remaja dari Arnold, Nottingham itu menghisap vape selama empat atau lima bulan sebelum jatuh sakit.

"Saya bertukar kepada vape kerana fikir ia lebih bagus. Namun saya kerap batuk dan mengalami kesukaran bernafas.

"Ibu saya jadi risau dan membawa saya ke sebuah hospital. Saya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan dua jenis mesin sokongan hidup. Saya hampir mati," katanya.

Ewan kini menasihati orang ramai supaya berhenti menggunakan vape.

"Vape membuatkan saya sakit. Kepada mereka yang sudah menggunakan rokok elektronik itu, bertemulah segera dengan doktor.

"Bertukar kepada vape dengan niat untuk berhenti merokok sebenarnya mengundang padah," katanya. - Dailystar

vape, rokok, mesin sokongan hidup

Artikel Lain