suria

Dua maut kereta 'terbang' rempuh tingkat dua bangunan

Kereta tersebut rosak teruk.

DUA maut selepas sebuah kereta Porsche dinaiki mereka terbang dan terperosok di tingkat dua sebuah bangunan.

Kereta dipandu Braden DeMartin, 22, dipercayai hilang kawalan dalam insiden di New Jersey kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin.

Dia bersama seorang lagi penumpang dikenali sebagai Daniel Foley, 23, maut serta-merta di lokasi kejadian.

Kereta tersebut juga dipercayai dipandu lalu sebelum melanggar pembahagi jalan dan melayang merempuh bangunan.

Bekas kekasih Foley meluahkan rasa sedih atas kematian menyayat hati itu di Facebook.

"Saya sentiasa mencintai awak. Hubungan kita antara kenangan yang sentiasa segar dalam ingatan saya.

"Terima kasih kerana hadir dalam hidup daya dan menunjukkan bagaimana saya boleh mencintai seseorang.

"Walaupun kita sudah berpusah saya sentiasa bersyukur kerana pernah mengenali kamu," katanya. -  Metro.co.uk

Porsche, terbang, kemalangan

Artikel Lain