Tabiat biarkan lebihan makanan bersepah bawa padah, telinga lelaki jadi 'sarang' lipas - Dunia | mStar

Tabiat biarkan lebihan makanan bersepah bawa padah, telinga lelaki jadi 'sarang' lipas

Lebih 10 ekor lipas dikeluarkan dari dalam telinga kanan pemuda dikenali sebagai Lv.

SEKUMPULAN lipas ditemui dalam telinga seorang lelaki yang mengadu mengalami kesakitan melampau ketika tidur.

Lelaki yang dikenali sebagai Lv itu kemudiannya mendapatkan bantuan di Hospital Sanhe, Huiyang di China selepas ahli keluarganya menemui serangga itu dalam telinganya, lapor Mirror.

Serangga itu dikesan ketika menghalakan lampu suluh ke telinga pemuda berusia 24 tahun itu bagi mengetahui punca dia mengadu sakit.

Bagaimanapun, pakar telinga, hidung dan tekak, Dr Zhong Yijin mendedahkan ada lebih 10 anak lipas dalam telinga lelaki itu.

"Ia berlegar-legar di dalam telinganya," katanya.

Dr Yijin kemudiannya telah mengeluarkan lipas berkenaan termasuk yang bersaiz besar dipercayai ibu serangga spesis Blatella Germanica itu.

Susulan prosedur berkenaan, Lv mengalami kecederaan kecil pada telinga kanannya.

Lelaki itu telah dibenarkan pulang selepas dipantau pihak hospital dan dibekalkan ubat cecair untuk dititis dalam telinganya.

Lelaki itu dikatakan mempunyai tabiat membiarkan lebihan makanan berdekatan katilnya, sekali gus menarik kehadiran serangga itu.-Philippine Daily Inquirer/Asia News Network


lipas , Lv , China

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain