Nenek selamatkan dua cucu daripada diracun ibu sendiri - Dunia | mStar

Nenek selamatkan dua cucu daripada diracun ibu sendiri

Tammy bersama cucunya, Alexzander dan Arianna semasa kecil. Foto 9 News

SEORANG nenek mendedahkan pengalamannya bagaimana dia menyelamatkan dua cucu daripada diracun oleh ibu mereka sendiri.

Cucu Tammy Walker, Alexzander dimasukkan ke hospital sekurang-kurangnya 15 kali dalam tempoh dua tahun pertama dalam hidupnya.

Kakak mangsa, Arianna memerlukan lawatan hospital akibat penyakit misteri.

Wanita berusia 57 tahun itu mula mengesyaki ibu kanak-kanak itu yang juga menantunya, hanya dikenali sebagai Trisha, mungkin menjadi punca akibat masalah yang dihadapi mereka.

Tidak lama kemudian Trisha, menderita penyakit mental yang melihat penjaga kebiasaannya berlaku pada ibu yang akan memperbesarkan penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Tammy menceritakan bagaimana Trisha mendakwa Alexzander akan mengalami kejang, kelesuan, migrain dan muntah, iaitu gejala sering kali disaksikan Trisha.

"Dia akan menahan makanannya dan saya percaya dia juga meletakkan dos berlebihan bagi ubat asma untuk menjadikan simptom itu.

"Dia mempunyai sejarah mereka-reka cerita dan dia akan memperbesarkan penyakit dalam dirinya, tetapi anda tidak akan percaya mengenai seseorang yang anda sayang membuatkan orang lain yang disayangi sakit," tambahnya.

Tammy berasal dari California, Amerika Syarikat diberikan penjagaan terhadap cucunya yang menerima rawatan di hospital. - Mirror

.


cucu , nenek , penyakit mental , racun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain