Nenek tiri celup kaki budak 2 tahun dalam air panas sebagai hukuman kerana nakal - Dunia | mStar

Nenek tiri celup kaki budak 2 tahun dalam air panas sebagai hukuman kerana nakal

Keadaan luka dialami Kaylee.

SEORANG kanak-kanak perempuan berdepan risiko kehilangan kakinya yang dipercayai dicelup nenek tirinya di dalam air panas menggelegak pada 11 Ogos lalu.

Kesan melecur dialaminya menyebabkan kaki Kaylee Robinson kelihatan seperti dia sedang mamakai kasut kait berwarna merah.

Kedua-dua kakinya mengalami kesan melecur yang sama dengan doktor dan polis berpendapat kecederaan itu dilakukan secara sengaja.

Jennifer Vaughn yang didakwa mencederakan Kaylee di kediamannya di Chattanooga, Tennessee mengaku mencelupkan kaki kanak-kanak itu ke dalam air panas sebagai hukuman kerana terlalu nakal.

Suspek adalah ibu kepada Kyle Vaughn yang juga tunang kepada ibu Kaylee, Brittany Smith.

Kaylee masih lagi menerima rawatan untuk memulihkan luka dialaminya itu.

Dalam satu temubual bersama Metro AS, Brittany berkata:"Luka itu amat dahsyat. Kaylee terpaksa menjalani dua pembedahan setakat ini. Kulitnya belum betul-betul pulih."

Brittany meninggalkan Kaylee dengan Jennifer pada 11 Ogos ketika dia, Kyle dan dua lagi anaknya pergi berenang di sebuah lokasi menarik.

Wanita itu berkata dia tidak membawa bersama Kaylee kerana keadaan air di lokasi tersebut amat berbahaya untuk kanak-kanak kecil.

Brittany dimaklumkan oleh Jennifer bahawa dia memandikan Kaylee dan meninggalkan bilik air seketika sebelum terdengar jeritan kanak-kanak itu.

Kaylee dikejarkan ke hospital sejurus selepas itu dan masih menerima rawatan untuk memulihkan lukanya itu. - Metro.co.uk

melecur , air panas , nenek tiri

Artikel Lain