Kucing klon pertama berjaya dilahirkan, syarikat rancang penjualan besar-besaran tidak lama lagi - Dunia | mStar

Kucing klon pertama berjaya dilahirkan, syarikat rancang penjualan besar-besaran tidak lama lagi

Kucing klon pertama syarikat itu dilahirkan sekitar sebulan lalu. (Gambar Hiasan, Stock).

SEBUAH syarikat dari Cina mengumumkan rancangan penjualan kucing klon secara besar-besaran tidak lama lagi.

Sinogene, syarikat bio-tek pertama negara itu yang menghasilkan kucing klon merancang untuk menjual setiap seekor pada harga sekitar £29,000 (RM147,507).

Mereka menyasarkan pemilik haiwan yang kehilangan 'si bulus' tersayang sebagai pelanggan utama.

Pengumuman itu dibuat sebulan selepas saintis mereka berjaya menghasilkan anak kucing klon pertama.

Dilahirkan di makmal mereka di Beijing, ia diberi nama Garlic.

Sinogene mengumumkan kelahiran itu seminggu kemudian.

Ujar syarikat itu, mereka menyasarkan 100 ke 200 tempahan pada tahun ini.

Malah, mereka berharap dapat menerima 300 ke 500 tempahan kucing klon secara tahunan. - Daily Star.

Sinogene , kucing klon , Garlic

Artikel Lain