suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yakinnya kamu! Wanita gigih 'selfie' dalam tren jadi perhatian

Jessica meraih perhatian kerana aksinya mengambil swafoto dalam tren bawah tanah. Foto twitter jessiica_george

MENGAMBIL gambar swafoto bukan sesuatu yang baharu, meskipun dalam keadaan yang paling biasa.

Bagaimanapun, pelakon Ben Yahr baru-baru ini menyaksikan seorang wanita mengambil gambar swafoto secara sponta dalam tren bawah tanah di New York, Amerika Syarikat.

Ben berkongsi video oleh seorang pengguna pengangkutan itu yang menarik perhatiannya.

"Wanita itu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kamera swafoto di dalam tren menarik perhatian saya," tulis Ben yang berkongsi video itu.

Perkongsian Ben kemudian serta-merta meraih banyak perhatian.

Seorang pengikut akaun Twitternye menulis: "Untuk yakin melakukannya di hadapan yang lain adalah sangat berkuasa. Saya tak mampu."

"Saya hanya terkejut dan tidak melihat keseluruhannya. Saya akan mati untuk yakin seperti itu!"

Identiti wanita yang bergambar swafoto itu menjadi tanda-tanya apabila perkongsian tersebut menjadi tular.

Bagaimanapun, wanita misteri yang bernama Jessica George tampil menjawab di Twitter.

Malah, Jessica membalasnya dengan berkongsi dua gambar swafoto yang diambilnya, dan dimuat naik di akaun twitternya sendiri, yang turut tular.

Terharu dengan sambutan dan maklum balas yang positif dalam kalangan netizen, Jessica memberi komen.

"Saya terharu dengan komen-komen yang baik oleh semua orang dan saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua," tulis Jessica. - Mirror UK

selfie, swafoto

Artikel Lain