Ibu bapa didenda gara-gara ambil anak di sekolah untuk hadiri pengebumian nenek - Dunia | mStar

Ibu bapa didenda gara-gara ambil anak di sekolah untuk hadiri pengebumian nenek

Murid berusia sembilan tahun itu dibawa ke Afrika Selatan untuk menghadiri pengebumian neneknya. FOTO: BPM Media.

IBU bapa kepada seorang pelajar terkejut didenda £120 (RM610) kerana mengambil anak di sekolah untuk menghadiri pengebumian nenek mereka.

Pasangan Carol dan David Follows menerima hukuman itu setelah membawa anak mereka yang berusia sembilan tahun selama 12 hari ke Afrika Selatan.

"Kalau saya pergi bercuti saya boleh bayar denda itu.

"Tapi saya ambil dia untuk pengebumian neneknya.

"Saya tak boleh tinggal dia di rumah bersendirian. Saya tak faham kenapa kami kena penalti," soal David.

Mengikut undang-undang United Kingdom, ibu bapa perlu mendapatkan kebenaran pengetua untuk membawa anak keluar dari sekolah dalam tempoh penggal yang sedang berlangsung. - Daily Star.

denda , kematian , pengebumian , sekolah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain