Gantung diri gara-gara 'crush' sudah ada teman lelaki - Dunia | mStar

Gantung diri gara-gara 'crush' sudah ada teman lelaki

Gambar hiasan.

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak membunuh diri selepas mengetahui gadis idamannya sudah ada kekasih.

Harry Storey, 13, memberitahu rakan-rakannya di WhatsApp bahawa dia seperti mahu membunuh diri tetapi mereka ingat kata-kata itu sekadar gurauan.

Pada malam 1 Mac lalu, Andrew menjumpai anaknya itu dalam keadaan tergantung di rumah mereka di Chilton, Oxfordshire.

"Saya sukar mempercayai apa yang saya lihat," kata Andrew.

Harry Storey.

Andrew berkata dia melakukan CPR dan menjerit kepada isterinya supaya menghubungi pasukan kecemasan.

Harry dikejarkan ke Hospital John Radcliffe dan disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian.

Andrew menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang penyayang, berkarisma dan aktif dalam sukan ragbi, kriket dan tenis.

"Dia seperti remaja biasa tetapi punyai jangkaan tinggi terhadap dirinya sendiri. Tindakannya itu amat mengejutkan saya," katanya. - Metro.co.uk

gantung diri , crush , kekasih

Artikel Berkaitan

Artikel Lain