suria

25 serangan jantung dalam sehari, bayi ajaib pulih selepas 17 kali dibedah

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Sewaktu berusia sembilan bulan, Theo Fry mengalami serangan jantung sebanyak 25 kali dalam sehari.

Perjuangan bayi comel itu untuk hidup ternyata menyentuh hati ramai.

Ceria bersama keluarga, Theo kini bagai kanak-kanak normal yang lain.

Lebih memilukan, ibunya juga menyangka Theo tidak akan hidup lama.

Pada waktu itu, Theo menerima lebih 17 pembedahan.

Kini pada usia setahun tujuh bulan, Theo mula menemui kekuatan dan dia mula beransur pulih.

Theo dan ibunya.

"Semua sangka Theo akan mati. Kini dia boleh hidup biasa. Ianya sangat ajaib," ujar ibunya, Fauve, 30.

Mengimbas detik tragis itu, ibunya turut berkongsi mengenai saat-saat mendebarkan yang dialami dia dan suami.

"Jantung dia berhenti selama 12 minit, pakar perubatan berusaha untuk sedarkan dia kembali.

"Krismas pun dalam hospital, dia berjuang untuk setiap nafasnya," kata ibunya lagi. - Mirror.UK.

 

Bayi, Serangan Jantung, Theo Fry

Artikel Lain