suria

Lelaki seluar 'pink' tunjuk samseng, pegang pistol dan ugut bunuh

LELAKI berseluar merah jambu tunjuk samseng apabila bertengkar sambil memegang sepucuk pistol.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Ashish Pandey anak kepada bekas ahli parlimen dari sebuah parti kini diburu pihak berkuasa selepas videonya memegang pistol menjadi tular.

Dia dilihat memegang sepucuk pistol dan mengugut seorang wanita dan lelaki di lobi sebuah hotel terkemuka pada Ahad.

Polis percaya lelaki itu kini berada di Uttar Pradesh.

Menurut mangsa yang diugut, Kanwar Gaurav Singh, dia menemani rakan wanitanya itu ke tandas wanita.

Sekumpulan wanita terus memasuki tandas itu dan memulakan pergaduhan.

Gaurav Singh memberitahu, apabila dia dan kawannya meninggalkan lokasi, empat turut berada di situ menunggu mereka.

"Salah seorang lelaki berseluar merah jambu datang kepada saya dan menunjukkan pistol. Dia berkata 'saya akan bunuh kamu," jelasnya dalam kenyataan kepada polis.

Gaurav Singh memberitahu, dia berada takut dan tidak membuat laporan polis sebelum ini.

"Saya tidak mahu keluarga diugut. Saya ada anak ke.cil. Saya takut. Tolong lindungi saya dan mengambil perhatian terhadap laporan ini," katanya.

"Lelaki berseluar merah jambu itu mempunyai janggut pendek...kawan-kawan dia memanggil dengan nama Ashish... jika mahu mengenal pasti mukanya, saya boleh kenalnya."-NDTV

Lelaki, merah jampu

Artikel Lain