suria

Budak perempuan bawa biskut abu mayat nenek ke sekolah, suruh kawan makan

-fotoGetty

SEORANG budak perempuan didakwa membawa biskut abu mayat neneknya ke sekolah dan memberikannya kepada sembilan rakan untuk dimakan.

Pelajar yang tidak dinamakan itu dikatakan telah memberikan makanan tersebut di Da Vinci Academy di Davis, sebelum mendedahkan bahawa dia telah memasukkan mayat manusia ketika rakan di sekolahnya memakannya.

Gambar hiasan. -fotoGetty

Seorang budak lelaki yang makan biskut tersebut memberitahu Fox 40: "Dia ini memberitahu semua orang bahawa dia telah memasukkan abu mayat manusia dalam biskut yang dibawa ke sekolah."

Budak lelaki yang tidak dinamakan itu diminta mengemukakan satu kenyataan selepas snek itu diberikan dua minggu lalu dan berkata dia kemudian diminta untuk merahsiakannya.

Ibunya marah dengan apa yang berlaku dan menuduh sekolah anaknya juga cuba merahsiakan perkara itu.

"Fikiran saya tak tenang. Saya rasa tertipu dan saya kecewa kerana saya tidak diberitahu."

Bapa pelajar itu juga kecewa dengan kejadian tersebut.

"Mereka ini lebih mahu melindungi diri daripada melindungi pelajar. Polis tempatan telah mengesahkan bahawa kejadian itu sedang disiasat."

Masih tidak jelas sama ada biskut itu sebenarnya mengandungi abu mayat nenek budak perempuan itu atau tidak, dengan laporan NBC menyatakan bahawa ujian ke atasnya masih belum selesai.

Pada Isnin, Davis Joint Unified School District mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu.

Seorang jurucakap berkata: "Walaupun kami tidak dapat memberi komen mengenai perkara-perkara sulit melibatkan pelajar, saya ingin memberitahu anda bahawa keselamatan fizikal dan sosial-emosi pelajar adalah keutamaan kami."-MetroUK

abu mayat, biskut

Artikel Lain