Lelaki bayar wang diarahkan mahkamah dengan 13 guni syiling, bekas isteri bengang! - Dunia | mStar

Lelaki bayar wang diarahkan mahkamah dengan 13 guni syiling, bekas isteri bengang!

Sutarto bersama syiling yang dibayar oleh anak guamnya. -foto Sutarto/Detik

PEGUAM kepada seorang lelaki mendakwa anak guamnya tidak berniat untuk cuba menimbulkan sebarang gangguan terhadap bekas isterinya apabila dia membayar 178 juta rupiah (RM49,849) yang diperintahkan mahkamah sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes perceraian mereka dengan wang syiling.

Dwi Susilarto tiba di mahkamah syariah Karanganyar di Jawa Tengah pada Khamis dengan mengangkut lebih 13 guni syiling bernilai 153 juta rupiah (RM43,044) yang beratnya ditimbang sekitar 890 kilogram menurut peguamnya, Sutarto.

Bakinya dibayar dengan wang kertas.

Kekecohan hampir berlaku antara Susilarto dan peguam bekas isterinya yang enggan mengira wang yang diangkut menggunakan kereta sorong yang ditolak oleh lelaki berusia 54 tahun dan dua orang kawannya.

Walaupun bentuk pembayaran anak guamnya adalah luar biasa, Sutarto menegaskan bahawa Susilarto tiada sebarang niat jahat terhadap bekas isterinya, Hermi Setyowati.

"Tidak ada niat untuk timbulkan gangguan. Wang itu diperoleh daripada sumbangan rakan-rakan, simpanan tabung dan lain-lain," kata Sutarto memetik Detik.

Menurut laporan media, Setyowati berkata pembayaran itu adalah satu hinaan dan sindiran bahawa dia adalah seorang yang miskin.

Bagaimanapun, dia akhirnya menerima wang itu dan mahkamah mengarahkan kakitangannya untuk mengira wang tersebut.

Menurut prosiding mahkamah, Susilarto memfailkan perceraian kerana mendakwa dia dan bekas isterinya tidak tinggal bersama selama sembilan tahun.

Mereka dilaporkan berkahwin mut'ah, sejenis perkahwinan kontrak bersifat sementara berdasarkan persetujuan antara kedua belah pihak.

Mahkamah syariah mengarahkan Setyowati dibayar 43 juta rupiah untuk perbelanjaan hidupnya tetapi selepas rayuan dibuat Mahkamah Syariah Jawa Tengah mendapati bahawa Susilarto harus membayar 178 juta rupiah kepadanya.

Pada 2013 seorang wanita Amerika membayar AS$50.12 kepada bekas suaminya dengan syiling yang dicampur dengan beras dan kacang.

mut'ah , syiling , cerai

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain