suria

Rogol, simbah petrol, ancam bakar mangsa, bekas peninju dipenjara 15 tahun

Lyndon Newman dihukum penjara 15 tahun. Foto Manchester Evening News

SEORANG bekas peninju profesional di United Kingdom dijatuhi hukuman penjara selepas menyimbah petrol terhadap seorang wanita selepas melakukan serangan seksual.

Lyndon Newman, 31, menakutkan mangsa dengan mesej-mesej berbaur ancaman.

MEN melaporkan, penyiasat memberitahu bahawa mangsa kini boleh menarik nafas lega selepas mengetahui Newman dimasukkan dalam penjara.

Dalam satu kejadian semasa melawat rakannya di sebuah flat, Newman tampil dan mula menyimbang bahan api di seluruh kereta mangsa.

Newman turut menyimbah mangsa dengan petrol dan mengancam untuk membakar wanita itu.

Selepas perbicaraan selama dua minggu di Mahkamah Minshull Street Crown di Manchester, Newman didapati bersalah kerana merogol dan mengendap mangsa.

Bekas peninju yang turut dikenali sebagai Lyndon 'Lights Out' Newman dipenjara selama 15 tahun.

Kerjaya profesional Newman bermula pada 2010 tetapi dia kemudian berhenti pada 2013, susulan Lembaga Kawalan Tinju Britain menggungkan lesennya disebabkan kemurungannya.

Lesennya disambung semula pada 2016 dan dia meneruskan kerjayanya. - Mirror Online UK



Artikel Lain