suria

Lelaki bawa kudanya naik tren, penumpang lain tak tahan gelak

-foto Twitter

BEBERAPA keping gambar seorang lelaki yang membawa 'temannya' yang luar biasa iaitu seekor kuda masuk ke dalam kereta api tular pada Rabu.

Lelaki itu dilaporkan cuba menaiki dua kereta api di Steyr, Austria bersama kudanya bernama Frieda.

Tetapi konduktor kereta api enggan meneruskan perjalanan jika Frieda berada dalam gerabak.

Foto-foto pemuda ini yang sedang memegang Frieda sambil dikelilingi oleh penumpang lain yang ketawa dikongsi di Twitter dan ia telah diulang kicau (retweet) oleh syarikat kereta api negeri OeBB.

"Kami berharap ini hanya sekali ini sahaja," kata jurucakap OeBB Julianne Pamme yang dipetik oleh agensi berita Austria APA sebagai berkata, sambil menambah kuda mungkin berbahaya, misalnya jika kereta api terpaksa brek secara tiba-tiba.

Garis panduan OeBB menetapkan bahawa haiwan kecil dan tidak berbahaya dalam bekas yang tertutup dan selamat, serta anjing yang diikat boleh dibawa menaiki kereta api. -AFP/NST

kuda, kereta api

Artikel Lain