suria

Pengurus syarikat penerbangan cari duit lebih, 'jual' seks di seluruh dunia

Gambar hiasan

SEORANG petugas syarikat penerbangan British Airways berpangkat pengurus digantung tugas selepas dituduh 'menjual' khidmat seks antara penerbangannya di seluruh dunia.

Siasatan The Sun UK mendapati petugas yang sering terbang ke serata dunia itu telah mendapat pendapatan sampingan yang lumayan dengan menemani pelanggannya di setiap destinasi persinggahannya.

Dia mengenakan caj sehingga £800 untuk satu malam penginapan bersamanya berhampiran kawasan lapangan terbang.

Dia membuat iklan dalam talian sebelum terbang untuk mendapatkan pendapatan tambahan sementara menunggu penerbangannya yang lain, justeru pelanggan dapat membuat tempahan awal.

Dia juga menunjukkan berpuluh-puluh foto pesawat BA di media sosial.

Pengurus itu bagaimanapun tidak dinamakan atas alasan undang-undang.

Tetapi seorang pemberi maklumat memberitahu The Sun bahawa dia telah memalukan syarikat penerbangan itu.

Mereka berkata: "Menggunakan kerjaya anda di BA sebagai cara untuk menjual seks di laman awam tidak dapat diterima sama sekali.

"Dia membusukkan nama syarikat penerbangan dan harus malu dengan kelakuannya.

"Dia juga mungkin berisiko menerima peras ugut daripada pemburu seks, menyebabkan potensi risiko keselamatan, atau ancaman terhadap pembebasan maklumat sensitif BA dan penumpangnya."

BA telah menggantung pengurus itu sehingga notis selanjutnya.

Seorang jurucakap berkata: "Kami telah mengeluarkan seorang anggota kru kabin dari tugas sementara menunggu siasatan lanjut.

"Kami berharap semua kakitangan dapat mengekalkan standard dan tahap profesionalisme yang paling tinggi pada setiap masa." -The Sun UK

jual seks, Bristish Airways

Artikel Berikut

Artikel Lain