suria

"Mungkin lebih mudah bagi Meghan jika saya mati" - Markle

THOMAS Markle mengeruhkan lagi hubungannya dengan kerabat diraja Britain apabila mendakwa anak perempuannya, Meghan telah membuangnya dari kehidupannya.

Malah Markle bimbang dia tidak berpeluang melihat anak kepada pasangan diraja itu.

Markle mendakwa dia sudah tidak bercakap dengan Megan lebih 10 minggu.

Bekas pengarah pencahayaan Hollywood itu memberitahu Mail pada Ahad dengan mendakwa dia dihukum gara-gara gambar paparazzi palsu yang tersebar sebelum majlis perkahwinan Meghan.

"Saya amat sedih kerana dia membuang saya sepenuhnya. Saya ada nombor telefon dan nombor mesej pembantu peribadinya di Istana tetapi selepas saya menyebut beberapa perkataan kritikal tentang keluarga diraja itu ia mengubah Meghan, mereka buang saya.

Markel mendakwa bekerjasama dengan seorang paparazzi untuk membuat foto palsu agar ia tersebar ke seluruh dunia.

"Nombor tersebut tidak dapat dihubungi, tiada dalam perkhidmatan. Saya tiada cara lain untuk berhubung dengan anak perempuan saya," kata Markle.

Dia juga bimbang Meghan tidak akan membenarkannya bertemu dengan cucunya pada masa akan datang.

Malah Markle turut bersedih dengan bermacam-macam mesej yang diterimanya.

Harry dan Meghan memberitahu Markle supaya tidak memohon maaf di atas penyebaran gambar palsu itu yang didakwa diambil hasil kerjasamanya dengan seorang paparazzi.

Laporan yang mendakwa dia diserang sakit jantung dan seorang kaki botol juga palsu.

"Apa yang menyedihkan adalah beberapa tahun akan datang. Meghan dan Harry akan mempunyai anak dan saya bakal jadi datuk.

"Jika kita tidak bercakap saya tidak boleh tengok cucu saya. Betapa tragisnya itu untuk menjauhkan cucu dengan datuknya kerana saya berkata perkara kritikal tentang keluarga diraja?," kata Markle.

Menurut Markle, lelaki dalam keluarganya jarang hidup melebihi usia 80 tahun dan menjadi satu kejutan jika dia boleh hidup 10 tahun lagi.

"Saya mungkin boleh mati esok. Mungkin lebih mudah bagi Meghan jika saya mati. Semua orang akan bersimpati terhadapnya," kata Markle.

Markle turut berharap dapat berdamai semula dengan Meghan yang belum pernah dilihatnya sejak dia berkahwin dengan Putera Harry di Windsor pada Mei lalu.

Meghan Markle, Thomas Markle

Artikel Lain