suria

Pembunuh bersiri maut ketika onani

BOCHUM: Seorang pembunuh bersiri yang sedang menjalani hukuman ditemui mati akibat terkena renjatan elektrik semasa melakukan onani di dalam selnya di Penjara Bochum, Jerman pada Ahad lalu.

Egidius Schiffer, 62, ditemui dengan wayar lampu meja yang diletakkan sekeliling puting dan alat sulitnya manakala hujung wayar lain dipasang pada soket kuasa, lapor The Times pada Rabu.

Keputusan bedah siasat mendapati pembunuh bersiri itu maut akibat serangan jantung disebabkan renjatan elektrik pada dadanya.

Ketika ditemui dalam keadaan tidak bermaya di selnya, arus elektrik yang disambungkan pada puting dan alat sulit Schiffer masih lagi hidup.

Schiffer maut terkena renjatan elektrik.

Peguam lelaki berusia 62 tahun itu menegaskan Schiffer tidak membunuh diri.

Penjara Bochum turut menyokong keterangan peguam tersebut dengan mendedahkan mereka tidak menemui sebarang bukti suspek membunuh diri.

Schiffer kali terakhir dilihat pada pukul 1 petang Sabtu.

Lelaki tersebut digelar sebagai 'Aachen Strangler' selepas didapati bersalah membunuh lima wanita berusia antara 15 dan 31 tahun.

Dia menumpangkan mangsanya yang juga pengembara di barat laut Jerman dan mencekik mereka dengan tali sehingga mati.

Dia juga didapati bersalah merogol tiga daripada lima mangsa.

pembunuh bersiri, onani, penjara

Artikel Lain