suria

Air terjun 108 meter dari pencakar langit

Air terjun di bangunan Liebian di bandar Guiyang, China. Foto Imaginechina/REX/Shutterstock

PENDUDUK di bandar Guiyang, barat daya China barangkali berimaginasi apabila mereka melihat air terjun besar setinggi bangunan pencakar langit, di tengah bandar.

Bagaimanapun, air terjun setinggi 108 meter itu adalah buatan manusia, sebahagian daripada bangunan Liebian, yang terletak di sebuah plaza.

Satu tangki besar dipasang pada ketinggian 121 meter bangunan itu, di mana empat pam 185 kilowatt untuk mengepam air ke bahagian atas air terjun.

Air terjun itu diuruskan oleh Guizhou Ludiya Property Management Co yang direka untuk tarikan pelancong.

Seorang jurucakap hartanah itu, Cheng memberitahu Kan Kan News bahawa sumber air utama dari tangki mengitar semula air, air hujan atau saluran lain.

"Bangunan kami mempunyai empat tingkat bawah tanah untuk penyimpanan air dan sistem saliran," kata Cheng.

Tambah beliau, bil elektrik untuk operasi tersebut selama sejam adalah £89 (RM434).

"Itu sebab kita tidak membiarkan air terjun itu beroperasi setiap hari, hanya untuk perayaan khas di bandar," katanya.

Dan pada satu-satu masa, air terjun itu ditetapkan beroperasi selama hanya kira-kira 10 sehingga 20 minit bagi menjimatkan elektrik.

Walaupun segelintir netizen tertarik dengan rekaan bangunan itu, tetapi ada yang menyifatkan idea air terjun berkenaan sebagai satu pembaziran air dan elektrik. - Mail Online UK

Artikel Berikut

Artikel Lain