suria

Ubat gigi boleh jadi penyebab diabetes

Gambar hiasan.

TITANIUM dioksida yang terdapat dalam ubat gigi didapati menyokong kehadiran diabetes jenis dua, menurut kajian oleh Universiti Texas, Amerika Syarikat (AS).

Bagi membuktikan kajian tersebut, penyelidik di universiti tersebut menganalisis sampel kecil pankreas daripada 11 sukarelawan, kata artikel dalam jurnal Research Chemical in Toxicology.

Sebagai bukti, lapan daripadanya mengalami diabetes jenis dua dan titanium dioksida ditemukan dalam tubuh mereka.

Bagaimanapun, tiada kesan kimia dijumpai dalam tubuh tiga orang sukarelawan lain.

Penyelidik mengumumkan bahawa mereka mungkin akan mengulangi kajian berkenaan ke atas kumpulan sampel yang lebih besar.

Titanium dioksida digunakan secara meluas dalam kosmetik dan industri makanan kerana berupaya memberikan warna putih kepada produk.

Memetik laporan Prensa Latina, diabetes jenis dua adalah gangguan metabolik yang dicirikan oleh paras gula darah tinggi.

Gejala klasiknya adalah dahaga yang berlebihan, kencing yang kerap dan kelaparan yang berterusan.

ubat gigi, diabetes

Artikel Lain